Archive for 2011
Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda tips-tips memanjakan suami,
Memanjakan suami ialah satu strategi penting dalam menjaga keharmonian perhubungan dalam rumahtangga. Strategi ini perlu diambil perhatian oleh newlyweds dan harus dipraktikkan oleh mereka yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan.
Manja yang dimaksudkan ini bukan sinikal, bukan memanjakan? dengan membenarkan suami melakukan apa sahaja yang dihajatkan.
Strategi ini tujuannya ringkas sahaja, untuk membuatkan para suami merasa istimewa tatkala berada di samping isteri tersayang tetapi impaknya dalam perkahwinan cukup menakjubkan. Mudah sahaja untuk memanjakan suami kerana yang diperlukan ialah keikhlasan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi. Lakukannya ke suamimu!
Senyum Di bibir dan Manis Tutur Kata
Secalit senyuman di bibir menyejukkan hati suami yang memandang. Iringi kepergian suami ke pejabat dengan muka yang manis, salam dan kucupan. Ketika pulang dari kerja disambut pula dengan senyuman manis dari isteri tersayang. Hati suami mana yang tidak gembira melihat si isteri teruja dengan kehadirannya, lantas di hati tercetus he happy to see me!? dan mood terus akan jadi ceria.
Apabila berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang baik-baik disertakan nada yang lembut. Jadikan kebiasaan memanggil suami dengan panggilan bang? ayang? baby? honey? papa? atau panggilan yang digemari oleh suami. Apa yang ingin dimalukan, bukankah sudah menjadi suami isteri sebutkan I love you!? atau are you ok honey? Abang nak apa2 tak??untuk memberitahu suami yang anda mengambil tahu tentang dia dan sering mengambil peluang memanjakannya. Ini langkah pertama dalam strategi memanjakan suami, menjadikan beliau seorang yang istimewa di dalam keluarga.
Hidangan Kegemaran
Jangan sesekali ambil mudah dalam menyediakan makanan untuk suami. Ketika membujang sudah puas makan di kedai, tak mungkin selepas berkahwin ingin merasa air tangan makcik kedai lagi. Ambil tahu makanan kegemaran suami dan surprisekan beliau dengan hidangan istimewa yang akan membuat beliau rasa dihargai oleh isteri.
Prihatin kepada citarasa suami, apa yang beliau gemari dan sebaliknya serta lakukan tanpa diminta. Jika tidak mampu setiap hari, seminggu sekali dua pun memadai. Jangan hanya menyediakan masakan yang sesuai dengan selera sendiri tanpa memikirkan keinginan suami tersayang. Kalau ayah dan datuk kita sering dihidangkan kopi atau teh selepas makan, lakukan perkara yang sama kerana suami menggemarinya. Tetapi lebih bagus kalau bertanya dahulu, bang nak minum apa?? papa nak coffee, sayang??
Jangan pula sudah pukul 11 malam dihidangkan kopi panas pekat, takut mata terbuka hingga ke 3 pagi. Perkara kecil yang dilakukan untuk suami akan membuat suami terasa istimewa dan in turn, beliau akan membalas dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sesekali suapkan suamimu aiskrim atau dessert kegemarannya. Bukan kes suami tak pandai suap sendiri tetapi sekadar memanjakan suami tersayang, tidak salahkan?
Pakaian
Memang ramai isteri yang sibuk dengan anak-anak dan tugasan lain dalam hidup sehingga merasakan bahawa suami perlu tahu mengurus sendiri keperluan hariannya. Logik memang ada di situ tetapi apa salahnya memanjakan suami dengan menyediakan pakaian yang rapi untuk beliau memulakan esok hari dengan bergaya.
Tanya suami apa yang ingin dipakai esok hari dan cadangkan pakaian yang membuat suami rasa hebat! Lelaki memang begitu, suka dipuji, lebih-lebih lagi dari isteri tersayang. Gosokkan baju dan seluar beliau supaya dia dapat memulakan hari esok dengan sempurna. Di samping membuat suami gembira, anda juga boleh berseronok ketika melakukannya kerana anda boleh menentukan gaya suamimu! Pahala dari Tuhan melimpah ruah dengan kasih saying yang diberi kepada suami tersayang.
Urutan Mesra
Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami merasa sangat disayangi. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada, tentu lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.
Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami; kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan beliau terasa seperti seorang yang sangat istimewa dan percayalah, dia akan begitu menghargainya!
Beri Hadiah Istimewa
Bukan wanita sahaja perlu dimanja denga juga begitu. Tidak perlu yang mahal selalu tetapi sekadar memberitahu yang kamu mengingati dirinya! Perhatikan apa yang digemari suamimu dan dapatkan untuknya sekali sekala. Katakan dia menggemari buku tulisan Stephen King, dapatkan senaskah untuknya dan balut pembelian ini sebagai surprise! CD penyanyi kegemaran juga idea yang baik sebagai hadiah menarik untuk suami.
Jika beliau mengenakan tali leher ke pejabat, sesekali pilihkan seutas yang bersesuaian dengan kemeja yang beliau ada. Belikan suamimu seluar dalam seksi atau wangian berahi, agar dia tahu bahawa isterinya menyayangi dan sentiasa mengingatinya.
Memanjakan suamimu tidak menjadikan kamu seorang isteri yang lemah, tetapi seorang isteri prihatin yang menyayangi suaminya sepenuh hati dari segala segi. At the end of the day, dia suamimu yang tersayang, insan yang ingin kau habiskan hidupmu bersamanya. Dalam perhubungan suami isteri, jangan terlalu berkira kerana segala usaha yang dilaburkan ke dalam perhubungan pasti akan ada ganjarannya. Lakukan dengan ikhlas kerana dia suamimu.
Jangan lakukan atas dasar tanggungjawab, lakukan kerana cinta yang mendalam terhadapnya. Manjakan suami anda dengan ikhlas, jadikan dia raja dalam hidupmu kerana dia kekasih yang kau pilih untuk melayari bahtera kehidupan bersama, insyaallah untuk selama-lamanya
sumber
Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.
Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.
Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas
Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.
Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.
Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.