• Koleksi Baju Pengantin : Renjis

    Sekian lama memulakan langkah, sekarang baru ada masa untuk membuat photoshoot untuk koleksi baju-baju yang sedia ada untuk sewaan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan....

  • Salam Alu-aluan Kepada Semua

    Penubuhan blog RENJIS ANDAMAN ini merupkan satu titik tolak bagi kami anak belia dalam mengorak langkah di persada seni andaman pengantin di Malaysia yang kini begitu berkembang pesat di malaysia... ...

  • Tips Kecantikan Bakal Pengantin

    Lobak Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam...

  • Persandingan Ahmad Shukrie dan Nur Huda

    Sungai Isap,Kuantan, Pahang, Make-up by : Fadhli Ismail, Photo by : Photophenomgraphy...

  • Majlis Perkahwinan Mohd Fadzil dan Azizah

    Felda Kratong, Pahang, Make-up by : Fadhli Ismail, Photo by : Photophenomgraphy...

  • Pernikahan Nor Hasliza.

    Place: Keratong 1, Pahang Date: 29 October 2010 Make Up by: Fadhli Ismail - Renjis Andaman ...

Archive for February 2011




Lobak

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Timun


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.

Bunga Mawar

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.